TENTANG KAMI

Bushra Studio & Publication Sdn Bhd menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan rekacipta grafik, percetakan, penerbitan, teknologi maklumat dan juga penghasilan produk-produk cenderahati dan bahan-bahan pendidikan.

Latar Belakang

Syarikat ini telah mula didaftarkan pada tahun 2013 dan menjalankan perniagaan di bawah nama Bushra Studio & Publication, iaitu jenis syarikat milikan tunggal. Syarikat ini ditubuhkan untuk memberi sokongan kepakaran teknikal dalam bidang Multimedia dan Percetakan kepada syarikat Perniagan Bushra (kini dikenali sebagai Pustaka Bushra Sdn. Bhd.).

Pada Mei 2015, dengan modal permulaan RM50,000, syarikat ini telah menjalankan operasinya di bawah nama Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd., salah satu anak syarikat di bawah Bushra Holdings Sdn. Bhd. Oleh itu skop perkhidmatannya turut diluaskan kepada Bushra Holdings itu sendiri dan juga kepada anak-anak syarikatnya yang lain. Pejabat operasinya juga telah di asingkan dari premis Pustaka Bushra Sdn. Bhd. untuk memberikan ruang kerja yang lebih kondusif kepada pekerja-pekerjanya.

 

Visi & Misi

VISI SYARIKAT

Untuk menjadi syarikat bumiputera yang dapat bersaing dalam bidang penerbitan, percetakan, dan juga teknologi maklumat yang mana dapat memberi sumbangan secara langsung dan berterusan kepada gerakan dakwah Islam yang menepati AL-Quran dan As-Sunnah.

MISI SYARIKAT

  • Menghasilkan bahan cetak yang berkualiti dari segi kandungan dan persembahannya.
  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan menggunakan kemahiran yang tinggi dan teknologi terkini
  • Menghasilkan produk yang boleh membantu aktiviti pendidikan samaada untuk dewasa atau kanak-kanak.